Rabu, 9 Julai 2008

LAGI FILEM BERPERANG DENGAN ZOMBIE



Seperti filem Stone's War, Outpost juga memaparkan plot yang hampir sama.

Ia mengisahkan sepasukan askar upahan telah diupah oleh seorang ahli perniagaan untuk melindunginya dalam perjalanan ke zon perang di Eropah Timur. Destinasi mereka adalah ke sebuah kubu lama dan tempoh yang ada pada mereka hanyalah selama 48 jam. Menurut ahli perniagaan itu terdapat sesuatu yang bernilai tinggi di kubu tersebut.

Apa yang mereka temui sebaik sahaja tiba di kubu tersebut adalah eksperimen yang pelik dan mengerikan, yang telah dijalankan oleh saintis-saintis Jerman. Dan eksperimen itu adalah untuk menghidupkan kembali tentera-tentera Jerman yang telah terbunuh dalam peperangan.

Keadaan menjadi genting apabila seorang demi seorang anggota askar upahan itu mati dibunuh.

Filem Outpost diarahkan oleh Steve Barker dan dibintangi oleh Ray Stevenson, Julian Wadham, Richard Brake, Michael Smiley dan Brett Fancy. Dikhabarkan akan ada sambungan untuk filem Outpost iaitu Outpost II: The Red Zone.


Ray Stevenson

Ray Stevenson yang memegang watak DC dalam filem ini akan turut berlakon dalam filem Punisher: War Zone. Dia akan memegang watak sebagai Frank Castle menggantikan pelakon asalnya Thomas Jane.

Anda juga boleh membaca ulasan mengenai filem ini di blog
Skrin.


*Gambar Ray Stevenson dipetik daripada laman web Ray Stevenson sendiri.

Tiada ulasan: