Khamis, 26 Jun 2008

WES CRAVEN KEMBALI DENGAN 25/8


Wes Craven, pengarah yang telah memperkenalkan watak Freddy Krueger, pembunuh bersiri melalui mimpi yang telah menggerunkan seluruh dunia akan kembali dengan watak pembunuh yang baru pula. Agak lama juga Wes Craven tidak menulis dan mengarah filem seram, filem terakhir arahan beliau adalah sebuah filem thriller iaitu Red Eye. Beliau juga mengarahkan satu segmen dalam filem percintaan terbitan 2006, Paris, je t'aime.

Filem terbaru beliau berjudul 25/8, mengisahkan seorang pembunuh bersiri yang bangkit dari kubur dan memburu untuk menghapuskan tujuh orang kanak-kanak yang lahir pada tarikh kematian pembunuh tersebut. Sebenarnya adakah pembunuh itu benar-benar telah mati dan yang membunuh itu adalah hantunya, ataupun ada peniru yang meniru cara pembunuh tersebut. Semuanya akan terjawab dalam filem 25/8.

Filem ini dibintangi oleh Max Thieriot, Denzel Whitaker, Shareeka Epps, Zena Grey, Emily Meade, Ana Cruz Kayne dan Alexandra Wilson. Semuanya adalah pelakon remaja dan kanak-kanak, hmmm....mengingatkan aku kepada filem Children of the Corn.

Tiada ulasan: