Khamis, 26 Jun 2008

BHOOTHNATH PERTEMUKAN SEMULA SHAHRUKH KHAN, AMITABH BACHCHAN DAN JUHI CHAWLA

Filem Hindi yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ialah Bhoothnath. Pada mulanya aku menyangka ianya adalah sebuah filem seram, tetapi bukan, ianya sebuah filem untuk tontonan keluarga.

Bhootnath mengisahkan tentang sebuah rumah berhantu yang terletak di Goa, India. Nama rumah tersebut ialah Nath Villa. Dikatakan telah ramai yang cuba untuk menetap di rumah tersebut tetapi gagal untuk bertahan lama kerana diganggu dan dihalau oleh hantu yang menghuni rumah itu.

Tiba giliran sebuah keluarga yang akan mendiami Nath Villa. Hantu rumah tersebut (Amitabh Bachchan) cuba untuk menghalau mereka, bagaimanapun anak keluarga itu, Banku (Aman Siddiqui) telah menyangkakan hantu yang bernama Kailash Nath itu adalah 'Angel' dan bersahabat dengannya. Maka bermulalah persahabatan Aman dengan hantu Kailash Nath.

Filem ini merupakan sebuah filem fantasi Bollywood yang penuh dengan adegan-adegan 'magic' dan melucukan. Kepada peminat filem Hindi yang inginkan kelainan, sesuai untuk menonton filem ini.

Tiada ulasan: