Khamis, 26 Jun 2008

DEWANGGA SAKTI


Pada mulanya aku sangkakan band Metal baru yang ditubuhkan, tetapi rupanya sangkaanku jauh meleset sama sekali. Dewangga Sakti adalah sebuah kumpulan muzik Melayu tradisional. Namun telahanku tidaklah meleset jauh sangat kerana kumpulan Dewangga Sakti dianggotai oleh bekas gitaris dan vokalis kumpulan Metal Cryptic Malediction.

Bagus juga kerana dalam kegilaan remaja terhadap muzik-muzik dari Barat seperti Metal, Hip-Hop dan Indie muzik yang dipusakai sejak zaman nenek moyang kita seolah-olah telah dilupakan lansung. Kalau dulu Pak Ngah telah berjaya mempopularkan muzik tradisional Melayu kepada golongan remaja melalui Siti Nurhaliza, namun nampaknya tidak bertahan lama kerana Siti tidak lagi membuat album untuk lagu-lagu tradisional. Kemudian muncul pula kumpulan Mohram namun publisitinya agak kurang dan tidak ramai yang mengenali kumpulan ini. Diharapkan kumpulan Dewangga Sakti dapat membawa nafas baru kepada muzik tradisional Melayu dan semoga dengan kemunculan kumpulan ini banyak lagi kumpulan muzik tradisional Melayu akan muncul selepas ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan ini sila
klik sini untuk melayari blog mereka ataupun anda boleh membaca wawancara kumpulan Dewangga Sakti bersama Kren Maut di sini.

Tiada ulasan: