Rabu, 25 Jun 2008

MAKIN BERAT


Satu lagi mutiara yang patut dimiliki oleh peminat muzik khususnya peminat muzik underground. Makin Berat: Tribute to Rusty Blade adalah pencetus album-album tribute daripada band-band underground tempatan terhadap band-band rock senior di Malaysia. Selepas album ini terdapat tiga lagi album tribute yang diterbitkan iaitu Brutal All Stars Tribute to Search, Spirit of the Underground-A Tribute to Wings dan The Underground Tribute to Sweet Charity.

Album ini menampilkan lagu-lagu kumpulan Rusty Blade yang telah digubah semula mengikut kesesuaian dan rentak yang dimainkan oleh band-band underground terbabit. Antaranya lagu Satria Bangsa yang telah digubah kepada rentak Death Metal oleh kumpulan Silent Death, Rintangan Hidup Dunia yang dibawa dalam rentak Punk dan Street Rock oleh kumpulan A.C.A.B dan Jarum Yang Halus dalam rentak Metalcore oleh kumpulan Carbon 13. Dengarkan lagu Jarum Yang Halus persembahan Carbon 13, memang lari dari lagu asalnya namun tetap hebat.

Antara band lain yang turut terlibat adalah Manifest, Tri-Ryche, Global Chaos, Synchronize, Status 103, Dethmute dan Another Side. Album ini seperti album No Boundaries merupakan sebuah album yang sukar didapati di kedai-kedai kaset dan CD, mungkin sudah tidak dicetak lagi. Ia dikeluarkan oleh Life Records pada tahun 1999.

Tiada ulasan: