Rabu, 25 Jun 2008

DOUBLE K


Kudsia Kahar ataupun dulu dikenali dengan nama Double K

Selepas Saidi Ahmad tidak lagi mengelolakan One Twenty Special, dan lagu-lagu di Radio 4 mula membosankan (pada masa itu), aku mula beralih ke stesen Radio Muzik (sekarang Muzik FM). Aku sering mendengar rancangan ini pada lewat malam kerana pada waktu itu DJ Kudsia Kahar (Double K) dan Gary Thanasan mengelolakan rancangan mereka.

Apa yang bestnya dengan dua orang DJ ini? Pertama kerana celoteh mereka dan kedua kerana lagu-lagu yang diputarkan oleh mereka. Ketika ini lagu-lagu Glam Metal ataupun Glam Rock sudah pudar tetapi digantikan dengan lagu-lagu Alternative (pada waktu itu semuanya dilabelkan sebagai Alternative walaupun ada pecahan untuk genre Punk, Modern Rock, Sub Pop dan sebagainya). Boleh dikatakan terdapat dua segmen untuk lagu-lagu yang diputarkan dalam rancangan ini iaitu muzik Alternative pilihan Double K dan muzik pop pilihan DJ Gary (aku tak ingat apa judul rancangan ini, tetapi ia disiarkan lewat malam bermula jam 12.30 tengah malam sehingga 1.30 pagi kalau tak silap aku, kemudian digantikan dengan rancangan yang dikelolakan oleh DJ Isma Halil Hamzah, juga DJ kegemaran aku membuatkan aku adakalanya berjaga sampai pagi mendengar radio).

Agak lama juga aku mengikuti rancangan ini sehinggalah ia diberhentikan dan Double K meninggalkan RTM dan mula bertugas di Hitz FM. Gary Thanasan pula aku tak pasti ke mana perginya sekarang, yang aku masih ingat dia pernah menjadi hos untuk sebuah game show berjudul Lingo. Dengarnya sekarang sudah pun bergelar Dato' dan mempunyai sebuah syarikat sendiri berasaskan media.

2 ulasan:

Gary berkata...

hi! just came across your note on the show I hosted with Kudsia over Radio Muzik more than a decade ago. The show was called "Caller at 12". I quite enjoyed hosting the show while being on the move around KL and sometimes around the country.

Gary Thanasan

zulazahari berkata...

Hi Gary, thanx for dropping by (Gary Thanasan lawat blog aku!)