Rabu, 25 Jun 2008

KALA JENGKING HITAM

Acrassicauda adalah perkataan Latin yang bermaksud kala jengking hitam, juga merupakan nama bagi sebuah kumpulan Heavy Metal daripada Baghdad.

Band Acrassicauda dianggotai oleh Faisal Talal sebagai vokalis, Tony Aziz bermain gitar, Firas Al-Lateef bassist dan Marwan Riyak sebagai drummer. Band ini meninggalkan Iraq ketika keganasan berleluasa di bandar itu dan berhijrah ke Syria, tetapi kini telah menetap di Istanbul, Turki.

Kisah band Acrassicauda telah menjadi subjek untuk sebuah dokumentari mengenai kumpulan Heavy Metal di Iraq iaitu Heavy Metal in Baghdad yang diarahkan oleh Eddy Moretti dan Suroosh Alvi. Acrassicauda juga turut muncul di dalam dokumentari terbitan tahun 2004 berjudul Voices of Iraq.

Untuk mendengar lagu-lagu daripada band Acrassicauda sila KLIK SINI.

Tiada ulasan: