Khamis, 26 Jun 2008

SAMBUNGAN UNTUK FILEM THE HOST



Chungeorahm Films, syarikat perfileman Korea Selatan yang telah menerbitkan filem rasaksa The Host mengumumkan bahawa sekuel untuk filem The Host akan dilakukan. Bagaimanapun sekuel ini akan dibuat dalam versi Cina. Berbeza dengan filem The Host, The Host 2 akan dilakonkan oleh pelakon Cina dan dibuat dalam bahasa Cina. Filem itu akan diarahkan oleh pengarah Cina iaitu Ning Hao dan akan ditayangkan pada tahun 2009.

Tiada ulasan: