Selasa, 24 Jun 2008

RUMAH KECIL DI ATAS PRAIRI

Masih ingat lagi siri ini? Kepada mereka yang dilahirkan di penghujung tahun 60'an dan dibesarkan di era 80'an pasti ingat siri TV ini. Ia merupakan siri drama keluarga berlatarbelakangkan era 'western' yang sangat popular di Malaysia ketika itu (selain siri Dallas).

Siri Little House on the Prairie ini diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama ditulis oleh
Laura Ingalls Wilder, yang mana kisah ini adalah berdasarkan kisah benar tentang keluarganya. Untuk siri TV beberapa pengubahsuaian telah dilakukan untuk kesesuaian ditayangkan di televisyen.

Little House on the Prairie dilakonkan oleh Michael Landon sebagai Charles Philip Ingalls, Karen Grassle sebagai Caroline Lake Quiner Ingalls, Melissa Sue Anderson sebagai Mary Amelia Ingalls, Melissa Gilbert sebagai Laura Elizabeth Ingalls, Lindsay dan Sidney Greenbush (pasangan kembar seperti Mary Kate dan Ashley Olsen, anda boleh melawat laman web pasangan kembar ini di
www.greenbushtwins.com) memegang watak sebagai Caroline Celestia 'Carrie' Ingalls.

Siri TV ini ditayangkan bermula pada 11 September 1974 dan berakhir pada 21 Mac 1983. Walaupun siri ini memfokuskan mengenai keluarga Ingalls, pelakon-pelakon yang berlakon dalam siri ini juga merasakan seolah-olah mereka juga adalah satu keluarga kerana mereka telah berlakon dalam siri ini hampir sepuluh tahun. Pada tahun 1983 dua buah TV Movie diterbitkan iaitu Little House: Look Back to Yesterday dan Little House: Bless All the Dear Children sebagai hadiah kepada peminat-peminat siri ini. Pada tahun 1984 sebuah lagi TV Movie diterbitkan iaitu Little House: The Last Farewell.

Michael Landon yang memegang watak sebagai Charles Philip Ingalls meninggal dunia pada 1 Julai 1991 akibat barah usus.

Di Malaysia, siri keluarga yang hampir menyamai siri ini adalah siri Opah.

Tiada ulasan: