Isnin, 23 Jun 2008

GUARD POST 506


Guard Post 506 adalah filem aksi seram terbaru daripada Korea Selatan. Ia mengisahkan sekumpulan tentera dalam batalion GP 506 telah dibunuh dengan kejam kecuali seorang anggota yang berada dalam keadaan koma. Sarjan Noh bersama satu pasukan penyiasat telah dihantar ke kem GP 506. Tiada kesan menunjukkan bahawa serangan terhadap batalion itu datangnya dari pihak luar. Ini telah membingungkan pasukan penyiasat tersebut. Agak malang juga bagi mereka kerana mereka telah terperangkap dalam ribut yang melanda secara tiba-tiba. Pasukan ini harus menyiapkan laporan mereka dalam masa 10 jam sahaja.

Di samping menyiasat, mereka juga membuat operasi menyelamat. Misi mereka adalah untuk menyelamatkan Leftenan Muda Yoo Jeong Woo yang masih hilang di kem itu. Apabila Leftenan Muda Yoo ditemui, dia telah dijadikan suspek utama kejadian tersebut. Bagaimanapun Sarjan Noh yakin Leftenan Yoo bukanlah penjenayah sebenar, sebaliknya ada sesuatu yang lebih dahsyat sedang bersembunyi di kem itu. Filem ini sudah pun dikeluarkan dalam format DVD.

Tiada ulasan: