Jumaat, 13 Jun 2008

PRINCE OF PERSIA: THE SANDS OF TIME DIADAPTASI KE LAYAR PERAK

Bagi peminat-peminat video games, pasti pernah bermain siri games Prince of Persia. Penerbit filem Jerry Bruckheimer sedang dalam proses penerbitan filem Prince of Persia: The Sands of Time yang diadaptasi dari siri permainan tersebut.

Filem ini akan diarahkan oleh Mike Newell dan akan dibintangi oleh Jake Gyllenhaal, Gemma Arterton, Alfred Molina dan Sir Ben Kingsley.


Jake Gyllenhaal memegang watak Putera Dastan

Plot ceritanya mengisahkan seorang putera raja negara Persia bernama Dastan (Jake Gyllenhaal) bergabung tenaga bersama seorang puteri bernama Tamina (Gemma Arterton) untuk menghalang wazir yang jahat dan kejam iaitu Nizam (Sir Ben Kingsley) menggunakan The Sands of Time, sejenis alat yang boleh mengawal masa untuk rancangannya menakluk dunia.


Gemma Artertton sebagai Puteri Tamina


Sir Ben Kingsley memegang watak jahat sebagai Nizam

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 19 June 2009.

Tiada ulasan: