Jumaat, 13 Jun 2008

TERGANTUNG KEPADA KEADAAN


Entah kenapa lagu Hanging by a Moment nyanyian Lifehouse asyik berkumandang di kepala aku sejak pagi tadi. Lalu aku 'surf' internet untuk cari sedikit info tentang lagu ini.

Hanging by a Moment ditulis oleh gitaris dan vokalis untuk Lifehouse iaitu Jason Wade. Lagu ini dimuatkan dalam album No Name Face yang dikeluarkan pada tahun 2000.


Jason Wade

Menurut Jason Wade, dia mencipta lagu ini dalam masa 5 hingga 10 minit sahaja. Dia mendapat ilham untuk mencipta dan menulis lagu ini ketika sedang membuat rakaman untuk lagu lain.


Lifehouse

Lagu ini telah berjaya menjuarai Carta Single ARIA Australia selama lima minggu, Carta Modern Rock Billboard selama tiga minggu, Carta Billboard Adult Top 40 selama empat minggu, Carta Top 40 Billboard selama empat minggu, tangga kedua di Billboard Hot 100, tangga kedua di carta Top 40 Mainstream, tangga keenam di Carta Single RIANZ New Zealand, tangga ketujuh di Billboard Mainstream Rock Tracks, tangga ke-19 di Carta Muzik Dunia dan tangga ke-25 di Carta Single UK.

Tiada ulasan: