Selasa, 10 Jun 2008

PERKAHWINAN KIMIA


Antara filem seram yang sedang dalam produksi ialah filem Chemical Wedding. Filem ini berdasarkan kepada lakon layar asal yang ditulis oleh vokalis kumpulan Iron Maiden iaitu Bruce Dickinson dan diarahkan oleh Julian Doyle.

Ia mengisahkan seorang profesor bernama Oliver Haddo telah dirasuk oleh hantu
Aleister Crowley dan telah melakukan kacau bilau di Universiti termasuklah pembunuhan.

Filem ini juga akan menyelitkan beberapa lagu daripada kumpulan Iron Maiden seperti The Chemical Wedding, The Wicker Man, Can I Play With Madness dan sebuah lagu daripada Bruce Dickinson iaitu Man of Sorrows. Lagu-lagu lain yang digunakan untuk soundtrack filem ini ialah Hush Hush Here Comes the Boogie Man - Henry Hall dan Val Rosing, Fanlight Fanny - George Formby, dan Separation - Skin. Cuma aku hairan kenapa tak diselitkan lagu Mr. Crowley nyanyian Ozzy Osbourne, tentu lebih kena.

Sebenarnya lirik lagu The Chemical Wedding yang dipersembahkan oleh Iron Maiden tidak berkaitan lansung dengan filem ini. Lirik lagu itu ditulis berdasarkan buku
Chymical Wedding of Christian Rosenkreutz manakala filem ini berkisahkan tentang hantu Aleister Crowley. Kepada peminat-peminat filem seram dan juga peminat Iron Maiden, jangan lupa menyaksikan filem ini sekiranya ditayangkan di Malaysia.

Tiada ulasan: