Rabu, 11 Jun 2008

DETROIT METAL CITY


Pada tahun 1999, sebuah filem 'cult' mengenai kumpulan KISS telah dikeluarkan. Filem itu berjudul Detroit Rock City dan telah mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat kumpulan KISS dan juga peminat-peminat muzik Metal.

Kini sebuah lagi filem yang menampilkan kumpulan KISS sedang dalam proses produksi, tetapi filem kali ini bukanlah keluaran Hollywood sebaliknya keluaran negara matahari terbit, Jepun.

Filem yang berjudul Detroit Metal City itu tidak akan menampilkan kesemua anggota kumpulan KISS, sebaliknya hanya menampilkan vokalisnya iaitu Gene Simmons sebagai cameo.

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Negishi Souichi meninggalkan kampung halamannya untuk mencari kerja di bandaraya Tokyo. Setibanya di Tokyo, dia secara tidak sengaja terpilih menjadi vokalis untuk sebuah kumpulan Death Metal bernama Death Metal City dan menukar namanya menjadi Johannes Krauser II.

Filem ini berdasarkan daripada manga Detoroito Metaru Shiti yang popular di Jepun dan diarahkan oleh Toshio Lee, dijangka akan ditayangkan di Jepun pada 23 Ogos 2008. Untuk menyaksikan trailer filem ini sila klik
DETROIT METAL CITY.

Tiada ulasan: