Jumaat, 6 Jun 2008

PERCAYALAH, X FILES AKAN KEMBALI


Dalam kelembapan ekonomi dan kenaikan harga barang sekarang sesungguhnya aku dalam dilema, kerana dunia perfileman pula kelihatan begitu rancak. Beberapa filem yang aku kategorikan sebagai mesti tonton akan ditayangkan di pawagam (aku tak suka istilahkan sebagai wajib tonton kerana wajib itu adalah sesuatu yang kita kena buat, kalau tak buat kita akan menanggung dosa dan menonton filem bukanlah satu kewajipan). Harap-harapnya harga tiket wayang dan juga harga VCD tidak akan dinaikkan, kalau naik juga terpaksalah aku ikat perut, makan mee segera tiap-tiap hari untuk berjimat.

Salah satu antara filem yang terdapat dalam senarai mesti tonton aku ialah sambungan untuk filem The X Files: Fight the Future iaitu The X Files: I Want to Believe. Di dalam filem ini pelakon asal siri The X Files iaitu David Duchovny dan Gillian Anderson akan kembali memegang watak mereka iaitu sebagai ejen FBI Fox Mulder dan Dana Scully.

Plot filem ini masih dirahsiakan tetapi menurut pengarah dan penerbitnya Chris Carter ia tidak mengandungi unsur mitologi konspirasi makhluk asing seperti dalam filem sebelumnya iaitu Fight the Future sebaliknya plot I Want to Believe adalah mengenai kuasa 'supernatural' dan rasaksa seperti yang dipaparkan dalam siri-siri The X Files di televisyen.

The X Files: I Want to Believe akan ditayangkan di Malaysia pada 31 Julai 2008. Untuk menyaksikan trailer filem ini sila
KLIK SINI.

Tiada ulasan: