Jumaat, 6 Jun 2008

BJ DAN BERUK YANG BERNAMA BERUANG

Sebuah lagi siri televisyen yang mengimbau kenangan lalu, BJ and the Bear yang diterbitkan oleh Glen A. Larson (secara peribadi aku tidak menggemari siri-siri yang diterbitkan oleh Glen A. Larson, ceritanya macam budak-budak, tapi masa tu memang aku pun tengah budak-budak), dibintangi oleh Greg Evigan sebagai BJ McKay dan Claude Akins sebagai Sheriff Lobo.

Siri BJ and the Bear popular ketika aku masih lagi dalam Darjah Satu. Kenapa kanak-kanak sangat meminati siri ini, pertama kerana watak Bear itu adalah seekor chimpanzee yang agak 'cerdik' dan sering membantu BJ ketika dalam kesusahan. Kedua siri ini juga memaparkan adegan komedi dalam aksi kejar-mengejar antara pasukan Sheriff dan trak BJ, maksud aku seperti yang terdapat dalam siri Dukes of Hazzard, siri ini juga popular di era 70'an dan 80'an dulu tapi aku tak mengingati siri ini kecuali spin-off nya iaitu siri Enos, juga merupakan siri kegemaran aku. Aku akan ceritakan tentang siri Enos dalam entri yang akan datang.

BJ and the Bear mengisahkan tentang seorang pemandu trak bernama BJ McKay, juga merupakan bekas askar Amerika ke Vietnam yang sering membuat penghantaran dengan traknya bersama-sama seekor cimpanzee peliharaannya yang diberi nama Bear. Nama Bear diambil sempena nama
Bear Bryant, seorang jurulatih bolasepak Amerika.

Bagaimanapun BJ sering diganggu oleh Sheriff Elroy P. Lobo ataupun lebih dikenali dengan nama Sheriff Lobo dengan alasan BJ telah memandu tanpa menghiraukan undang-undang jalanraya. Atas populariti Sheriff Lobo dalam siri BJ and the Bear maka Glen A. Larson telah menerbitkan sebuah spin off pula untuk siri ini iaitu siri The Misadventures of Sheriff Lobo. Dalam siri ini BJ pula menjadi watak tambahan.

Greg Evigan pernah muncul dalam siri TV Desperate Housewives memegang watak sebagai Charles McClain.


Trak BJ and the Bear yang amat popular di kalangan kanak-kanak sewaktu era 80'an. Aku pernah mempunyai model trak ini suatu ketika dulu tapi hilang entah ke mana

Tiada ulasan: