Khamis, 5 Jun 2008

VOYAGERS!



Sewaktu aku berada dalam darjah 5 dulu, Voyagers merupakan siri TV kegemaran aku. Voyagers dilakonkan oleh Jon-Erik Hexum dan Meeno Peluce.

Voyagers mengisahkan tentang seorang pengembara masa bernama Phineas Bogg yang dibantu oleh seorang anak yatim bernama Jeffrey Jones (Meeno Peluce) mengembara melalui masa untuk memperbetulkan sejarah berpandukan kepada sejenis alat bernama Omni (yang mempunyai dua lampu iaitu merah dan hijau, sekiranya keadaan yang sedang berlaku bukan menurut sejarah yang betul maka lampu merah akan menyala, dan sekiranya perkara yang berlaku menurut sejarah, lampu hijau akan menyala). Mereka juga akan merujuk kepada sebuah buku panduan yang sering dikepit oleh Phineas Bogg. Bagaimanapun mereka hanya dapat mengembara sehingga tahun 1970 sahaja.

Siri Voyagers! disiarkan di televisyen dari tahun 1982 hingga 1983. Setahun selepas rancangan ini dihentikan, pelakon utama siri ini iaitu Jon-Erik Hexum telah terbunuh akibat tertembak di kepala sewaktu menjalankan penggambaran siri televisyen Cover Up.

Tiada ulasan: