Isnin, 9 Jun 2008

FILEM SERAM DARI BOLLYWOOD


Ram Gopal Varma merupakan seorang pengarah yang sering membawa pembaharuan kepada industri perfileman Bollywood di mana dia sering mengarahkan filem-filem yang melawan arus. Filem-filemnya agak lain daripada filem tipikal Bollywood di mana dia kurang memaparkan adegan-adegan tari menari dan percintaan yang 'meremangkan bulu roma' (seperti lari keliling pokok, berguling-guling kat bukit, etc).

Bagaimanapun tidak semua filem Ram Gopal Varma ataupun RGV mendapat kejayaan. Filem Aag yang merupakan remake untuk filem Sholay dikatakan sebagai sebuah filem yang paling buruk untuk tahun 2008.

RGV telah mengarahkan filem berjudul Darling pada tahun 2007. Filem ini dibintangi oleh Esha Deol, Fardeen Khan dan Isha Koppikar.

Ia mengisahkan tentang Aditya Soman (Fardeen Khan) dan Ashwini Soman (Isha Koppikar) adalah pasangan suami isteri. Aditya adalah seorang yang gemat berfantasi seks manakala isterinya, seorang yang agak tradisional tidak mahu melayan kehendaknya. Di pejabat, Aditya mendapat seorang setiausaha baru bernama Geeta (Esha Deol) yang berfikiran agak moden dan kebaratan dan mempunyai citarasa yang sama dengan Aditya. Aditya telah menjalankan hubungan sulit bersama Geeta dan berjanji untuk mengahwininya selepas berpisah dengan Ashwini.

Masalah timbul apabila Geeta hamil manakala Aditya masih lagi belum mengotakan janjinya. Dalam satu pertengkaran, Aditya telah membunuh Geeta secara tidak sengaja. Akibat berasa panik dan ketakutan, Aditya telah membuang mayat Geeta di satu tempat yang agak terpencil dan merasakan masalahnya telah diselesaikan. Bagaimanapun Geeta kembali semula sebagai hantu yang penuh dendam dan telah menjadikan rumahtangga Aditya porak peranda.

Tiada ulasan: