Jumaat, 13 Jun 2008

JACK BLACK MENARIK DIRI DARI MAN-WITCH

Pelakon School of Rock telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada membintangi filem komedi 'supernatural' Man-Witch.

Di dalam filem tersebut Black akan memegang watak utama.

Black bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan mengapa dia menarik diri.

Man-Witch diarahkan oleh Todd Phillips dan mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyedari dirinya adalah seorang ahli sihir dan kemudian mengajar di sebuah sekolah yang khusus untuk ahli sihir wanita.

Jack Black akan muncul dengan dua buah filem komedi terbarunya iaitu Tropic Thunder bersama Ben Stiller dan Year One bersama Michael Cera. Tropic Thunder mengisahkan tentang sekumpulan pelakon filem aksi yang dihantar ke medan peperangan yang sebenar oleh pengarah filem mereka. Year One pula mengisahkan tentang kisah dua pemuda sewaktu zaman Moses ataupun Nabi Musa.

Filem animasi yang menggunakan suara Black, Kung-Fu Panda mencapai tahap box-office dengan kutipan lebih US$60 juta.

Sumber : Reuters/Hollywood Reporter/Bloody Disgusting.com

2 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

Jack Black bila berlakon filem romantik pun boleh tahan gak. Tengah tunggu dia buat filem serius 100%. Agak2 boleh ke tak?

zulazahari berkata...

TQ Bentara,

Aku rasa King Kong merupakan filem paling serius lakonan Jack Black, itupun ada jugak part2 lawak dia, haha...