Rabu, 11 Jun 2008

DEMON WIND


Aku menonton filem ini ketika aku berada di Tingkatan 5. Pada waktu itu trend meminjam video dari pusat video sedang pesat, manakala menonton filem di pawagam agak lembab menyebabkan banyak pawagam ditutup.

Entah kenapa ketika itu minat sangat menonton video sedangkan kualitinya teramatlah buruk berbanding menonton di pawagam. Set home theater pun masih belum ada di pasaran ketika itu, kalau ada pun harganya amatlah mahal berbanding sekarang.

Ceritanya mengenai seorang lelaki bernama Corey yang telah pulang ke kampung halaman bersama-sama kawan-kawannya. Di samping itu dia juga hendak menyiasat kematian datuk dan neneknya. Sewaktu bermalam di rumah datuknya, dia dan kawan-kawannya telah diserang oleh hantu jembalang menyebabkan kematian kawan-kawannya satu persatu.

Kenapalah aku boleh meminjam cerita ini dulu, tak seram lansung walaupun plotnya agak menarik. Mungkin kerana terlalu dahagakan filem-filem seram yang agak kurang pada waktu itu, kalau ada pun kebanyakkannya filem-filem sains fiksyen seperti Arachnophobia (filem seram Spielberg tentang labah-labah berbisa), The Amityville Curse (jugak filem low budget yang tak seram lansung berbanding filem asalnya, The Amityville Horrror, versi 80'an yer, versi 2005 tu remake), Brain Dead (filem ini lebih baik dari Demon Wind), Buried Alive (nah! lebih kurang sama jugak dengan Demon Wind), The Dark Side of the Moon (filem ini OK tapi agak kurang publisiti), Death Machine (gabungan Aliens dan Terminator) dan banyak lagilah. Mungkin lepas ini aku akan senaraikan filem-filem seram di zaman 90'an, tunggu dalam entri yang akan datang.

Untuk mendapat gambaran bagaimana rupa filem seram di zaman itu, sila scroll ke bawah. Ini adalah petikan dari filem Demon Wind.

Tiada ulasan: