Rabu, 11 Jun 2008

TIADA SEKATAN


No Boundaries: A Benefit for the Kosovar Refugees, sebuah album yang patut dimiliki oleh penggemar dan pencinta muzik. Sebabnya bukanlah kerana ia memuatkan lagu Last Kiss yang dinyanyikan oleh kumpulan Pearl Jam, tetapi kerana ia merupakan sebuah album yang memuatkan berbagai jenis genre muzik, daripada pop ke metal, juga merupakan sebuah album yang agak sukar didapati di kedai-kedai muzik.

Album ini dilancarkan pada 15 Jun 1999 oleh Epic Records sebagai usaha mengumpulkan dana untuk membantu pelarian Kosovo sewaktu Perang Kosovo yang meletus pada tahun 1999. Mereka yang membeli album ini secara tidak lansung akan menyumbang kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan dunia seperti
Doctors Without Borders, OXFAM dan CARE.

Artis-artis yang terlibat dalam album ini ialah Pearl Jam, Alanis Morissette, Rage Against the Machine, Neil Young, KoRn, Black Sabbath, Bush, Ben Folds Five, Oasis, Sarah McLachlan, Indigo Girls, The Wallflowers, Jamiroquai, Tori Amos, Peter Gabriel, Manic Street Preachers dan Suede.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini seperti Last Kiss, Baba, Iron Man, Ghost of Tom Joad dan Soldier of Love.

Tiada ulasan: