Isnin, 26 Mei 2008

PERJALANAN HIDUP YANG TERBALIK

Ini adalah sebuah kisah yang pelik. Seorang lelaki bernama Benjamin Button mengalami evolusi hidup yang terbalik, iaitu daripada tua menjadi muda.

Ia adalah plot untuk cerpen The Curious Case of Benjamin Button yang ditulis oleh F. Scott Fitzgerald pada tahun 1922 dan diadaptasi ke layar perak oleh David Fincher. Filem ini dibintangi oleh Brad Pitt dan Cate Blanchett.

Benjamin Button dilahirkan sebagai seorang tua berusia 80 tahun (?) yang mengalami proses keterbalikan usia, daripada tua kepada muda, dan menjalani kehidupan yang normal pada pertengahan usia, bagaimanapun menghadapi masalah di penghujung usianya apabila menurun kepada kanak-kanak, bayi dan terus lenyap.

Mengarut?? Sebenarnya penulis cerita ini mendapat ilham daripada nukilan penulis Mark Twain yang mengatakan perkara terbaik dalam kehidupan adalah pada permulaan dan yang terburuk adalah pada akhirnya. Untuk mengetahui bagaimana kisah selanjutnya tunggulah kedatangan filem ini ke Malaysia ataupun carilah karya F. Scott Fitzgerald ini di mana-mana kedai buku ataupun perpustakaan atau KLIK SINIuntuk membaca cerita ini secara online.

Tiada ulasan: