Isnin, 26 Mei 2008

BUAH TANGAN PERTAMA TONY JAA


Pelakon seni mempertahankan diri Thailand, Tony Jaa sedang dalam proses menyiapkan filem sulungnya yang merupakan sekuel untuk filem yang telah menaikkan namanya ke persada filem antarabangsa, Ong Bak.

Ong Bak 2 diarahkan oleh Tony Jaa dan turut memegang watak utama dalam filem ini. Walaupun filem ini adalah sekuel untuk filem Ong Bak tetapi jalan cerita filem ini bukanlah sinambungan untuk filem pertama. Hanya sekuel pada namanya sahaja.

Ia mengisahkan tentang seorang anak yatim yang telah dibesarkan oleh beberapa orang guru seni mempertahankan diri dari sekitar Asia sehinggalah dewasa. Apabila dewasa ia mewarisi beberapa seni mempertahankan diri yang diajar oleh guru-guru tersebut dan menjadi pakar seni mempertahankan diri.

Tiada ulasan: