Selasa, 27 Mei 2008

DULU SHAOLIN SOCCER, KINI SHAOLIN GIRL


Filem Shaolin Soccer yang diterbitkan dan dikeluarkan pada tahun 2001 telah berjaya menempatkan nama Stephen Chow ataupun Chow Sing Chi di Hollywood. Filem Shaolin Soccer telah berjaya merubah tanggapan ramai terhadap filem-filem Stephen Chow yang dikatakan menggunakan lawak murahan dan bodoh. Walaupun masih ada lawak-lawak merapu dalam filem ini namun penggunaan CGI dan efek yang menarik telah berjaya menutup jenaka-jenaka slapstick Stephen Chow. Bermula dari filem ini Stephen Chow telah meng 'upgrade' kan filem-filemnya seperti Kung Fu Hustle dan CJ7.

Atas kepopularan filem Shaolin Soccer maka sekuelnya telah disiapkan. Bagaimanapun sekuel filem ini bukan keluaran Hong Kong ataupun China, sebaliknya keluaran Jepun. Menggunakan gadis sebagai protagonis untuk filem ini maka filem ini berjudul Shaolin Girl.

Filem ini juga telah mengubah latar padang bolasepak kepada padang permainan
lacrosse wanita. Kelibat Stephen Chow juga tidak kelihatan dalam filem ini, begitu juga dengan Zhao Wei. Cuma dua orang pelakon asal Shaolin Soccer sahaja yang kembali dalam filem ini iaitu Lam Chi Chung yang memegang watak Weight Vest dan Kai Man Tin memegang watak sebagai Iron Shirt. Stephen Chow hanya bertindak sebagai penasihat untuk filem ini. Pelakon dan penyanyi Jepun Kou Shibasaki (One Missed Call, Battle Royale) memegang watak utama sebagai Rin.

Kou Shibasaki

Shaolin Girl mengisahkan tentang Rin yang merupakan cucu kepada seorang guru seni mempertahankan diri di Jepun. Datuknya telah mewariskan
dojo kepadanya. Sebagai persediaan untuk mengendalikan dojo tersebut Rin telah merantau ke kuil Shaolin di China untuk mempelajari seni mempertahankan diri Shaolin. Apabila kembali ke Jepun, Rin mula mengendalikan dojo tersebut dan melibatkan diri dalam sukan Lacrosse di universiti. Bagaimanapun dojonya telah diancam oleh sekumpulan penjenayah.

Filem Shaolin Girl akan ditayangkan di Hong Kong pada 29 Mei ini. Tiada maklumat sama ada filem ini akan ditayangkan di pawagam di Malaysia ataupun hanya didapati dalam format VCD ataupun DVD sahaja. Untuk menyaksikan trailer filem ini sila scroll ke bawah.


Tiada ulasan: