Selasa, 27 Mei 2008

PEMBURU HANTU


Kalau filem Shaolin Soccer merupakan sebuah filem komedi ringan yang kaya dengan efek CGI yang canggih, nampaknya Malaysia pun tidak ketinggalan. Sebuah filem yang aku kira agak canggih juga efek CGI nya selepas filem Cicak Man arahan Yusri KRU akan menemui penonton tidak lama lagi. Bagaimanapun aku rasa filem ini mungkin akan mengundang kontroversi memandangkan tajuknya yang agak 'fancy' iaitu Antoo Fighter dan mungkin juga akan dibantai oleh sasterawan Faisal Tehrani ataupun mungkin juga akan dicalonkan untuk anugerah Piala Abu Jahal.

Bagaimanapun kita perlu juga sebuah filem hiburan ringan seperti ini untuk melepaskan 'tension' dengan syarat filem itu berkualiti dan menyelitkan mesej-mesej yang membina sebagai satu motivasi untuk diri setelah menontonnya. Kalau dilihat pada filem-filem Hollywood, walaupun ia sebenarnya sebuah filem komedi yang agak bodoh tetapi ia tetap menyelitkan 'subliminal message' ataupun mesej yang tersembunyi di dalam filem tersebut. Afdlin Shauki misalnya cuba untuk membuat pembaharuan kepada filem-filem komedi di Malaysia dengan menyelitkan mesej-mesej tersembunyi dalam filem-filemnya.

Antoo Fighter mengisahkan tentang sekumpulan hantu dan jembalang dari zaman silam yang diketuai oleh Drakulat Van Listerooy (Awie), kembali mengganas setelah mereka terlepas dari kurungan kumpulan Penentang Jembalang.

Drakulat bersama hantu-hantunya yang terdiri daripada Bajang (Sofii Jikan), Mistikus, Sarjan Algojo, Maya, Siti Sunshine, Ozawa, Chow Meng Nga, Togom, Filius de Flamma dan Kartarakh telah pergi ke Kuala Lumpur dan berjaya menawan Menara Kuala Lumpur. Mereka menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai markas operasi mereka.

Drakulat juga mempunyai misi iaitu membawa Lord Sharon turun ke dunia supaya mereka dapat menawan dunia. Untuk melaksanakan misi tersebut Darkulat perlu menculik seorang gadis bernama Delyla yang merupakan keturunannya untuk dikorbankan kepada Lord Sharon. Bagaimanapun, Antoofighter terakhir di dunia iaitu Pak Din (Harun Salim Bachik) mengetahui akan rancangan jahat Drakulat dan perlu mencari 5 orang manusia untuk dijadikan Antoofighter yang baru.

Untuk menyaksikan trailer filem ini sila
KLIK SINI

Tiada ulasan: