Khamis, 29 Mei 2008

INDIANA JONES AND THE CLOSE ENCOUNTERS OF THE THIRD KIND


Mungkin itulah tajuk yang sesuai untuk siri keempat Indiana Jones ini. Bagi 'die hard' fan Indiana Jones seperti aku tentulah aku mengharapkan sesuatu yang diluar jangkaan daripada filem ini, memangnya ia diluar jangkaan. Aku tak mahu mengulas panjang tentang ceritanya tapi biar aku senaraikan perkara yang menarik dan kurang menarik tentang filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.

Yang menarik tentang Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull

- Filem ini boleh dikatakan sebagai filem reunion untuk filem Raiders of the Lost Ark kerana ia menghimpunkan semula watak-watak dan figura daripada filem itu (watak Marion Ravenwood dan figura Ark of Covenant)

- Indiana Jones agak kurang berasmara dalam filem ini mungkin kerana faktor usianya.

Yang kurang menarik tentang Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull

- Rupa makhluk asing dalam filem ini menyamai rupa makhluk asing dalam filem Close Encounters of the Third Kind, ET dan War of the Worlds dan juga mini siri Taken. Kesemua filem yang disebutkan adalah arahan dan terbitan Steven Spielberg. Nampaknya yahudi mabuk ni dah kehabisan idea untuk menggambarkan rupa makhluk asingnya ataupun dia pernah terjumpa dengan makhluk asing yang rupanya macam tu, mungkin juga dia hendak membuat satu 'universe' untuk filem-filemnya di mana satu hari nanti semua filem-filem ini akan digabungkan. Biasalah, yahudi mabuk ni kalau dah mabuk sangat macam-macam dia boleh lakukan.

- Imej gopher di permulaan filem ini nampak sangat CGI nya. Hai, takkan
ILM dah tak boleh buat imej yang lebih realistik. Rasanya Pixar punya CGI lebih nampak real.

- Lepas Nazi, Komunis pulak menjadi musuh. Nampak sangat propaganda Amerika begitu menebal dalam filem-filem Indiana Jones. Aku rasa lebih baik Indiana Jones menentang pemburu-pemburu harta karun secara haram (grave robbers), lebih menunjukkan bahawa Indiana Jones adalah seorang ahli arkeologi yang berkecuali (kurang menumpukan pada politik negaranya tetapi lebih mencintai artifak-artifak sejarah yang perlu diselamatkan seperti yang ditunjukkan pada awal filem Indiana Jones and the Last Crusades di mana dia bermati-matian mencari semula
salib Coronado untuk dikembalikan ke muzium).

Sebenarnya selepas filem Indiana Jones and the Last Crusades, Steven Spielberg dan George Lucas tidak berhasrat lagi untuk membuat sambungan bagi Indiana Jones. Bermakna filem The Last Crusades adalah siri terakhir bagi Indiana Jones. Bagaimanapun permintaan untuk filem ini agak hangat. Ramai peminat-peminat filem ini meminta agar dibuat sambungan. Untuk tidak menghampakan Spielberg dan Lucas menerbitkan siri The Young Indiana Jones Chronicle di televisyen sebagai 'prekuel' untuk filem-filem Indiana Jones.

Sewaktu menerbitkan siri The Young Indiana Jones Chronicle, George Lucas telah tertarik dengan mitos tengkorak kristal dan ingin memasukkan kisah berkenaan tengkorak tersebut di dalam salah satu episod The Young Indiana Jones Chronicle. Bagaimanapun episod itu tidak sempat disiapkan. Kemudian George Lucas mendapat ilham untuk filem keempat Indiana Jones di mana dia membayangkan akan satu plot yang hampir menyamai filem kegemarannya sewaktu remaja iaitu
Forbidden Planet. Dia membayangkan Indiana Jones kali ini akan menentang serangan makhluk asing dari planet lain, bagaimanapun Spielberg dan pelakon utama Harisson Ford tidak berminat dengan idea itu. Akhirnya rancangan untuk membuat sambungan filem Indiana Jones terkubur.

Beberapa permainan video dan juga novel grafik untuk Indiana Jones telah mendapat sambutan hangat. Antaranya ialah Indiana Jones and the Fate of Atlantis. Terdapat khabar angin mengatakan novel dan permainan video ini akan diadaptasikan sebagai filem keempat Indiana Jones bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan.

Pada awal tahun 2000 Spielberg telah menyatakan hasratnya kepada George Lucas untuk menyambung kembali siri Indiana Jones. Kemudian Spielberg, Lucas dan Ford bersama-sama Frank Marshall dan Kathleen Kennedy telah mengadakan mesyuarat. Mereka telah meminta M. Night Shyamalan untuk menulis skrip bagi filem keempat Indiana Jones ini. Bagaimanapun skrip yang ditulis oleh Shyamalan telah ditolak kerana tidak menepati ciri-ciri untuk filem Indiana Jones. Kemudian Frank Darabont pula diminta untuk menulis skrip.

Skrip yang ditulis oleh Frank Darabot merupakan skrip asal untuk filem Kingdom of the Crystal Skull. Latar masanya adalah awal tahun 1950, selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Indiana Jones telah diburu oleh bekas-bekas askar Nazi yang terselamat. Darabont juga mengambil semula watak Marion Ravenwood daripada Raiders of the Lost Ark. Spielberg menyukai skrip itu tetapi ditolak oleh George Lucas. Menurut Lucas, selepas tamat Perang Dunia Kedua maka era Perang Dingin bermula, dan Soviet Union pula menjadi musuh kepada Amerika. George Lucas juga pernah mendengar cerita kononnya
Joseph Stalin pernah berminat dengan tengkorak kristal dan ingin mengambil cerita tersebut sebagai plot.

Jeff Nathanson pula diminta untuk menghasilkan skrip filem ini. Kemudian ia disambung pula oleh David Koepp. Idea asal George Lucas untuk memasukkan unsur-unsur sains fiksyen di dalam filem ini diambil semula, tetapi mengaitkannya dengan fakta-fakta sejarah dan mitologi seperti angkasawan purba kaum Maya, pencarian kota emas
El Dorado dan teori konspirasi Amerika Syarikat merahsiakan sesuatu daripada rakyatnya melalui Area 51. Di dalam filem ini Area 51 dikatakan tempat dikumpulkan beberapa artifak-artifak dari seluruh dunia yang dikatakan mempunyai kuasa luarbiasa termasuk Ark of Covenant. Setelah semua pihak berpuas hati maka terhasillah siri keempat Indiana Jones iaitu Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.

Tiada ulasan: