Jumaat, 30 Mei 2008

LAGI KESILAPAN DALAM FILEM TERBARU INDIANA JONES



Dengarnya ramai rakyat Peru yang marah dan tidak berpuashati dengan filem terbaru Indiana Jones ini.

Filem ini dikatakan mempunyai banyak kesilapan berhubung dengan fakta sejarah serta kebudayaan rakyat Peru.

Antaranya mengenai dialek Quechua yang dikatakan dipelajari oleh Indiana Jones sewaktu ditangkap oleh pejuang revolusi Mexico,
Pancho Villa. Pancho Villa dan askar-askar revolusinya telah menyerang dan menawan bandar Columbus di New Mexico, Amerika Syarikat pada tahun 1916 dan di dalam siri TV The Young Indiana Jones Chronicles, Indiana Jones telah diculik oleh pasukan revolusi ini. Bahasa yang digunakan oleh Pancho Villa bersama askar-askarnya ialah bahasa Sepanyol dan bukan dialek Quechua seperti yang dinyatakan oleh Indiana Jones dalam filem ini.

Menurut ketua Perpustakaan Negara Peru, Hugo Neyra, rakyat di Peru berbicara menggunakan berbagai-bagai dialek dan loghat daerah, tetapi tidak menggunakan bahasa Quechua. Bagaimanapun menurut wikipedia, dialek ini digunakan lebih kurang 3,200,000 orang di Peru (mengikut bancian tahun 1993), rujuk
di sini.

Di dalam filem ini juga Peru digambarkan mempunyai pasir jerlus dan semut memakan manusia ataupun dikenali sebagai
Siafu yang tidak terdapat di negara Peru. Manakala lokasi air terjun pula sebenarnya terletak di Hawaii.

Satu lagi penipuan fakta adalah piramid kaum Maya yang berada di
Chichen Itza telah dipindahkan ke hutan Peru. Piramid ini sebenarnya berada di Mexico. Manakala garisan Nazca yang digunakan sebagai panduan untuk menjejaki kota emas El Dorado yang hilang terletak kira-kira 370 kilometer (230 batu) di selatan Lima dan bukannya berhampiran Cuzco.

Ahli sejarah dan bekas ketua Universiti San Marcos, Manuel Burga berkata, Steven Spielberg dan George Lucas telah membuat banyak kesilapan. Walaupun filem Indiana Jones merupakan sebuah filem fiksyen namun kesilapan fakta ini boleh menyebabkan salah tafsir terhadap negara Peru. Terutama sekali tentang 'landscape' Peru yang tidak benar.

Ahli sejarah Teodoro Hampe pula mengatakan ia adalah perkara lazim bagi orang Amerika Syarikat melihat keadaan geografi di Amerika Latin. "Bagi mereka, Mexico, Guatemala, Bolivia atau Peru adalah sama," katanya.

Sumber : Agence France-Presse - 5/28/2008

Secara peribadi aku berasa sedikit kecewa dengan filem Indiana Jones yang keempat ini. Aku rasa filem ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan demi untuk mendapat box-office George Lucas dan Steven Spielberg telah mengenepikan kualiti untuk filem ini. Ini adalah ranking yang aku buat untuk filem Indiana Jones.

1. Indiana Jones and the Temple of Doom
2. Indiana Jones and the Raiders of the Lost Ark
3. Indiana Jones and the Last Crusades
4. Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.

Aku harap sambungan filem The Mummy iaitu The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor mampu mengubati kekecewaan terhadap filem ini.

Tiada ulasan: