Rabu, 14 Mei 2008

MACHINE GIRL


Sebuah lagi filem aksi seram dan gore dari Jepun akan menemui peminat filem-filem 'cult' Jepun iaitu Machine Girl. Machine Girl merupakan sebuah filem aksi yang diselitkan dengan unsur-unsur seram dan keganasan yang melampau seperti filem Battle Royale, Ichi the Killer, Tetsuo the Iron Man dan Tokyo Fist.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang telah kehilangan seluruh anggota keluarganya akibat dibunuh oleh anggota Yakuza. Gadis itu juga telah diperkosa, diseksa dan kehilangan tangannya akibat dipotong oleh Yakuza. Bagaimanapun gadis itu tidak mati dan berazam untuk membalas dendam terhadap anggota-anggota Yakuza yang terlibat. Dia mencipta sejenis tangan robot yang lengkap dengan senjata seperti mesin gan dan pisau. Bersama-sama tangan mesin itu gadis tersebut telah menjelajah ke seluruh Jepun untuk melaksanakan dendamnya.

Klik MACHINE GIRL untuk menyaksikan trailer filem tersebut.

Tiada ulasan: