Isnin, 28 April 2008

PROJEK TERBARU MEL GIBSON


Apa projek terbaru Mel Gibson? Kalau menurut akhbar The Sun keluaran Disember 2006, Mel Gibson memberitahu bahawa dia tidak berminat lagi untuk berlakon filem, dan hanya berminat untuk menulis, mengarah dan menerbit filem sahaja. Selepas kejayaannya dalam filem Passion of the Christ dan Apocalypto, Mel Gibson sedang menyiapkan skrip filem terbarunya The Professor and the Madman. Skrip ini ditulis bersama Farhad Safinia yang diadaptasi dari buku karya Simon Winchester berjudul The Professor and the Madman: A Tale of Murder, Insanity and the Making of the Oxford English Dictionary.

Ia mengisahkan tentang projek penghasilan kamus berbahasa Inggeris Oxford yang disumbangkan oleh Dr. W.C. Minor, bekas doktor bedah Tentera Amerika Syarikat. Sewaktu penyusunan kamus tersebut, Dr. Minor telah dipenjara di sebuah rumah sakit jiwa di Berkshire, England (Broadmoor Criminal Lunatic Asylum).

Mel Gibson memang berani untuk menghasilkan filem sebegini. Di saat Hollywood sedang mabuk menghasilkan filem berbentuk fantasi, seram dan big budget, Mel Gibson pula berhasrat untuk lari dari kemaruk Hollywood. Bagaimanapun, buah tangan Mel Gibson setakat ini belum lagi mengecewakan penonton.

Agaknya kalau di Malaysia filem macam ni boleh laku tak? Balik-balik filem pasal Mat Rempit, pasal patah hati awek lari, tak ada filem yang membina sahsiah lansung.

Tiada ulasan: