Isnin, 28 April 2008

SUSUK AKAN DILEPASKAN DI PAWAGAM


Menurut blog Amir Muhammad, filem Susuk telahpun lulus untuk tayangan kepada umum walaupun pihak LPF telah memotong dua adegan dalam filem tersebut.

Dua adegan itu ialah adegan wanita yang mandi dalam keadaan bogel (walaupun imej tersebut tidak jelas dan pelakon itu sebenarnya memakai baju mandi) dan adegan seorang lelaki yang tercabut kepalanya.

Filem ini akan ditayangkan tahun ini (tarikh belum diketahui) dan akan dibintangi oleh Ida Nerina, Diana Rafar, Noorkhiriah, Tengku Marina, Adlin Aman Ramlie, Aleeza Kassim, Hairie Othman dan Sofea Jane. Ia diarahkan oleh Amir Muhammad dan Naeim Ghalili.

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Soraya yang tidak puas hati dengan kerjayanya. Dia ingin menjadi seorang bintang bagaimanapun rupa parasnya meghalang dia untuk mencapai cita-citanya. Sementara itu seorang diva bernama Suzana mempunyai sisi gelap di dalam hidupnya. Dia merupakan seorang pengamal ilmu hitam dan menggunakan susuk keramat untuk menyerlahkan kecantikannya.

Filem ini dikategorikan sebagai U (untuk tayangan umum).

Tiada ulasan: