Isnin, 28 April 2008

FILEM SERAM TERBARU DARI INDONESIA


Filem-filem seram daripada Indonesia nampaknya telah mula bangkit kembali dengan kemunculan beberapa filem seperti Jelangkung, Kuntilanak, Pocong dan Suster Ngesot. Mungkin Indonesia akan mengembalikan kegemilangannya pada tahun 70'an dan 80'an dulu yang terkenal dengan filem-filem seram seperti Pocongan Setan Kuburan, Penangkal Ilmu Teluh, Sundel Bolong dan Manusia Harimau (yeah, aku minat filem ini, lakonan Ratno Timoer, lagi satu filem Si Buta dari Gua Hantu).

Terbaru daripada Indonesia adalah filem Karma. Belum ada sinopsis penuh tentang filem ini tetapi daripada poster filem ini aku andaikan ia mengisahkan tentang kebudayaan Cina di Indonesia. Kemungkinan ada sumpahan yang telah dikenakan menyebabkan satu keluarga sering mengalami kematian. Aku akan cuba dapatkan cerita lanjut tentang filem ini.

Tiada ulasan: