Selasa, 29 April 2008

FILEM SERAM PERTAMA DI DUNIA


Ramai yang tidak mengetahui filem apakah merupakan filem seram yang pertama di dunia. Filem seram pertama di dunia ialah sebuah filem Perancis berjudul Le Manoir du diable atau dalam bahasa Inggerisnya The House of the Devil.

Filem ini diterbitkan pada tahun 1896 dan telah menjadi inspirasi kepada filem-filem seram selepasnya. Dengan durasi filem selama 2 minit sahaja ia memaparkan imej seekor kelawar yang terbang memasuki sebuah istana lama. Kelawar itu kemudian menjelma menjadi syaitan bernama Mephistopheles (ingat Mephisto cerita Ghost Rider?). Mephisto kemudiannya memukau seorang gadis dan menyeru makhluk-makhluk ghaib, bagaimanapun salah satu makhluk tersebut menyerangnya membuatkan Mephisto menghilangkan diri.

Ia dilakonkan oleh dua orang pelakon sahaja iaitu Jeanne d'Alcy sebagai gadis muda dan George Méliès sebagai Mephistopheles. Antara filem-filem yang dipengaruhi oleh filem ini ialah filem Dracula, Nosferatu dan Frankenstein.

Tiada ulasan: