Rabu, 13 Februari 2013
Halestorm juarai Best Rock/Metal Performance
Band alternative metal Halestorm berjaya membawa balik anugerah Best Hard Rock/Metal Performance di Grammy Awards ke-55 yang berlangsung pada 10 Februari 2013 yang lalu.
Halestorm telah menewaskan lima pencabar yang lain yang merupakan otai-otai metal seperti Anthrax, Iron Maiden, Lamb of God, Marilyn Manson dan Megadeth.
Sementara itu untuk kategori Best Rock Performance, anugerah tersebut dimenangi oleh band The Black Keys menewaskan empat calon lain iaitu Alabama Shakes, Coldplay, Mumford & Sons dan Bruce Springsteen.
The Black Keys boleh dikatakan agak cemerlang pada malam tersebut kerana turut memenangi anugerah lain seperti Best Rock Song untuk lagu Lonely Boy, Best Rock Album untuk album El Camino dan Producer of the Year yang dimenangi oleh Dan Auerbach, gitaris kepada The Black Keys.
Penyanyi Gotye memenangi kategori Best Alternative Music Album untuk album Making Mirrors menewaskan empat pencabar lain iaitu Fiona Apple, Björk, M83 dan Tom Waits.
Artis dubstep, Skrillex memenangi dua anugerah iaitu Best Dance Recording untuk album Bangarang dan juga Best Dance/Electronica Album untuk album yang sama.
Trent Reznor dan Aticcus Ross pula memenangi anugerah Best Score Soundtrack for Visual Media untuk runut bunyi filem The Girl with the Dragon Tattoo.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan