Jumaat, 7 Disember 2012

Sebuah lagi filem yang bakal menjadi fenomena remaja (dengarnya begitulah)

Setelah Harry Potter, siri filem Twilight telah menjadi fenomena dan kegilaan remaja di seluruh dunia. Aku tidak meminati filem Twilight kerana mungkin aku bukan lagi remaja tapi secara jujur aku suka tengok Kristen Stewart, hehehe...

Kini sebuah lagi filem fantasi remaja yang diadaptasi daripada novel bakal ditayangkan. Filem berjudul The Mortal Instruments: City of Bones diadaptasi daripada siri novel The Mortal Instruments karya Cassandra Clare. City of Bones ialah novel pertama dalam siri tersebut.

Jika di dalam siri Twilight, ia mengisahkan tentang konflik antara makhluk supernatural iaitu pontianak dan serigala jadian, di dalam siri The Mortal Instruments pula ia tentang pergolakan antara Angels dan Demons.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis remaja bernama Clary Fray menyaksikan kejadian pembunuhan di sebuah disko sementara dalam masa yang sama, ibunya telah diculik oleh seorang lelaki bernama Valentine yang sedang mencari sejenis benda ajaib bernama Mortal Cup.

Clary kemudian meminta bantuan rakannya iaitu Jace, Alec dan Isabelle untuk mencari dan menyelamatkan ibunya. Tanpa pengetahuan Clary, Jace, Alec dan Isabelle ialah makhuk ajaib bernama Shadowhunters yang memiliki kuasa luarbiasa. Clary juga mendapati bahawa dia juga mempunyai kuasa tersebut dan bersama Shadowhunters, mereka cuba untuk menyelamatkan ibu Clary dan memburu Mortal Cup tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Jamie Campbell Bower, Lily Collins, Lena Headey, Jonathan Rhys Meyers, Jemima West, Kevin Durand dan CCH Pounder manakala ia diarahkan oleh Harald Zwart berdasarkan lakon layar oleh I. Marlene King dan Jessica Postigo.

Menariknya, filem ini turut mendapat reaksi daripada Stephenie Meyer, penulis novel Twilight di mana Stephenie menyifatkan seandainya terdapat dunia seperti The Mortal Instruments, dia berminat untuk menetap di situ.

Agaknya bila pulak siri novel The Dark Tower karya Stephen King akan difilemkan? Aku memang lama ternanti-nanti akan kemunculannya.

TRAILER THE MORTAL INSTRUMENTS: CITY OF BONES

Tiada ulasan: