Jumaat, 14 Disember 2012

Iron Maiden dicalonkan untuk Grammy Awards ke-55

Iron Maiden
Kumpulan Heavy Metal British, Iron Maiden dicalonkan untuk kategori Best Hard Rock/Metal Performance pada Grammy Awards ke-55 yang bakal berlangsung pada 10 Februari 2013 kelak.

Iron Maiden akan mempertandingkan lagunya, Blood Brothers yang akan berentap dengan lima buah kumpulan rock yang lain iaitu Anthrax (I'm Alive), Halestorm (Love Bites [So Do I]), Lamb of God (Ghost Walking), Marilyn Manson (No Reflection) dan Megadeth (Whose Life [Is It Anyways?]).

Untuk kategori Best Rock Performance pula otai rock Bruce Springsteen bersama lagunya We Take Care of Our Own akan bertanding dengan empat pencalonan lain iaitu Alabama Shakes (Hold On), The Black Keys (Lonely Boy), Coldplay (Charlie Brown) dan Mumford & Sons (I Will Wait).

Lagu We Take Care of Our Own nyanyian Bruce Springsteen turut dipertandingkan untuk kategori Best Rock Song bersama empat pencalonan lain iaitu Freedom at 21 (Jack White), I Will Wait (Mumford & Sons), Lonely Boy (The Black Keys) dan Madness (Muse).

Bruce Springsteen
Album Bruce Springsteen berjudul Wrecking Ball pula dicalonkan untuk kategori Best Rock Album dan bertanding dengan empat pencalonan lain iaitu El Camino (The Black Keys), Mylo Xyloto (Coldplay), The 2nd Law (Muse) dan Blunderbuss (Jack White).

Album Fiona Apple berjudul The Idler Wheel Is Wiser Than the Driver of the Screw and Whipping Cords Will Serve You More Than Ropes Will Ever Do dicalonkan untuk kategori Best Alternative Music Album yang akan berentap dengan empat pencalonan lain iaitu Biophilia (Björk), Making Mirrors (Gotye), Hurry Up, We're Dreaming (M83) dan Bad As Me (Tom Waits).

The Black Keys, Mumford & Sons dan Jack White turut dicalonkan untuk kategori Album of the Year yang akan berentap dengan Fun dan Frank Ocean manakala band rock Alabama Shakes dicalonkan untuk kategori Best New Artist yang berentap dengan Fun, Hunter Hayes, The Lumineers dan Frank Ocean.

Artis dubstep, Skrillex dicalonkan untuk kategori Best Dance/Electronica Album yang mempertandingkan albumnya berjudul Bangarang. Skrillex berentap bersama empat pencalonan lain iaitu Steve Aoki (Wonderland), The Chemical Brothers (Don't Think), Deadmau5 (>Album Title Goes Here<) dan Kaskade (Fire & Ice).

Tiada ulasan: