Khamis, 22 November 2012

Alamak, diorang buat jugak

Memang trend Hollywood membikin semula filem-filem klasik kononnya untuk disesuaikan dengan zaman walaupun adakalanya filem-filem yang dibikin itu merosakkan dan kurang mendapat sambutan berbanding filem asal.

Sebagai contohnya Nightmare on the Elm Street, Friday the 13th, The Texas Chainsaw Massacre, Total Recall dan sebagainya.

Terbaharu, dua buah filem seram klasik telah pun dibikin semula dan akan ditayangkan tidak lama lagi.

Kedua-dua buah filem tersebut ialah filem Carrie yang diadaptasi daripada novel seram karya Stephen King dan Evil Dead yang dibikin semula daripada filem seram klasik arahan Sam Raimi.

Meskipun pembikinan semula filem Carrie tidak dibantah oleh Stephen King namun dia tetap mempersoalkan mengapa filem itu hendak dibikin semula sedangkan filem asalnya sangat bagus dan masih relevan untuk ditonton oleh generasi kini.

Stephen King juga mencadangkan watak utama filem Carrie dilakonkan oleh Linday Lohan bagaimanapun pelakon Chloë Moretz yang pernah membintangi filem seram The Amityville Horror (juga filem remake) telah dipilih untuk membawakan watak utama iaitu Carrie.

Lakon layar untuk filem Carrie ditulis oleh Roberto Aguirre-Sacasa yang dikatakan lebih menepati dan menyamai cerita asal Carrie yang ditulis oleh Stephen King manakala filem ini diarahkan oleh seorang pengarah wanita iaitu Kimberly Peirce.

Carrie dijangka akan ditayangkan pada pertengahan bulan Mac 2013.

Untuk filem Evil Dead pula, ia diterbitkan sendiri oleh pengarah asal filem tersebut iaitu Sam Raimi dan juga Bruce Campbell yang menjadi pelakon utamanya.

Filem Evil Dead versi remake ini diarahkan oleh pengarah filem Indie, Fede Alvarez.

Menurut Sam Raimi, pembikinan semula filem Evil Dead ini memang telah lama dirancangnya dan untuk versi remake ini ia dijangka akan lebih menakutkan dan lebih ganas.

Filem ini dijangka akan menemui penonton pada bulan April 2013.


TEASER FILEM CARRIE




TEASER FILEM EVIL DEAD

Tiada ulasan: