Rabu, 31 Oktober 2012

Trilogi baru Star Wars

Syarikat Walt Disney mengumumkan satu perjanjian membeli Lucasfilm untuk US$4.05 bilion dan menghasilkan kesinambungan filem-filem Star Wars.

Pengumuman yang dibuat pada 30 Oktober 2012 itu turut mengumumkan tiga lagi siri baru Star Wars akan dimulakan penggambarannya pada tahun 2015.

Difahamkan bahawa episod baru trilogi Star Wars ini menggunakan latar masa 20 atau 40 tahun selepas latar masa di dalam filem Return of the Jedi (iaitu selepas kematian Darth Vader/Anakin Skywalker dan kejatuhan Galactic Empire.

Kemungkinan besar hanya watak android C3PO dan R2D2 sahaja daripada filem-filem Star Wars terdahulu yang akan kembali dalam ketiga-tiga episod baru Star Wars manakala Luke Skywalker mungkin akan muncul untuk episod pertama.

Untuk episod baru Star Wars ia mungkin akan fokus kepada pembinaan semula Republic setelah peperangan dengan Galactic Empire dalam episod-episod Star Wars yang lalu.

Ia juga akan fokus kepada kehidupan Luke Skywalker menjadi pahlawan Jedi terunggul dan kemunculan Maharaja (Emperor) yang baharu. Kemungkinan besar watak Luke Skywalker akan dilakonkan oleh pelakon asalnya iaitu Mark Hamill begitu juga dengan pelakon-pelakon lain seperti Harrison Ford sebagai Han Solo dan Carrie Fisher sebagai Princess Leia juga akan muncul sebagai cameo.

Setakat ini episod pertama trilogi baru Star Wars hanya dikenali sebagai Star Wars Episode VII.

Sumber



2 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

best!

zulazahari berkata...

Best tu memang best, Dr. Ben, tapi I will miss the 20th Century Fox overture yang selalu dimainkan pada pembukaan filem Star Wars.....lepas ni akan lihat istana Snow White pulak....