Hmmm....ini suatu yang menarik.
Tahukah anda bahawa sekiranya anda menonton filem fantasi The Wizard of Oz terbitan tahun 1939 sambil mendengar album Pink Floyd berjudul The Dark Side of the Moon kesannya sama seperti anda mengambil dadah jenis LSD?
Alkisahnya, perkara ini telah menjadi seperti kelaziman bagi pelajar-pelajar kolej di Amerika, di mana mereka akan menonton filem The Wizard of Oz sambil mendengar album The Dark Side of the Moon sebagai alternatif kepada mereka daripada mengambil dadah.
Di dalam bidang psikologi, perkara ini dikenali sebagai synchronicity di mana dua perkara yang tidak berkaitan digabungkan bersama dan membentuk suatu fenomena baru. Difahamkan bahawa konsep synchronicity ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi Switzerland bernama Carl Gustav Jung pada tahun 1920.
Aku tidak pasti sejauh mana kebenarannya, namun tidak salahnya untuk mencuba dan aku yakin kesannya tidaklah membahayakan seperti mengambil dadah. Cubalah cari di kedai-kedai video berhampiran filem The Wizard of Oz terbitan 1939 dan album Pink Floyd berjudul The Dark Side of the Moon terbitan tahun 1973.
Untuk membaca lebih lanjut sila klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan