Lagu Dancing Queen telah dirakamkan oleh kumpulan pop Sweden iaitu ABBA pada tahun 1975 dan dilancarkan sebagai single pada musim luruh tahun 1976.
Lagu Dancing Queen dimuatkan dalam album ABBA yang keempat berjudul Arrival.
Lagu berentak disko ini telah dicipta dan digubah oleh anggota ABBA sendiri iaitu Benny Anderson, Björn Kristian Ulvaeus dan Stig Anderson.
Lagu tersebut telah menduduki tangga pertama di dalam carta lagu popular di 13 buah negara.
Lagu itu juga dianggap sebagai salah sebuah lagu yang hits dalam era 70-an dan sebagai lagu pengenalan untuk kumpulan ABBA.
Lagu itu kemudiannya dilancarkan semula sebagai single pada tahun 1992 sebagai promosi untuk album kompilasi ABBA Gold: Greatest Hits.
Lagu itu juga pernah dirakamkan kembali oleh kumpulan remaja A-Teen pada tahun 2000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan