Isnin, 24 September 2012

Biodata ringkas Dato' Rahim Razali

Dato' Rahim Razali telah dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Batu Gajah, Perak.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Anderson, Ipoh sehingga tamat pengajian sebelum melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne di Australia dalam jurusan Chartered Accountancy di bawah biasiswa Rancangan Colombo (tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Penglibatan beliau dalam dunia penyiaran bermula ketika menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran tersebut, apabila beliau mendapat peluang bekerja dengan Radio Malaya.

Beliau telah diminta untuk menggantikan tugas Allahyarham Mustaza Zaaba sebagai pengulas sukan yang tidak dapat bertugas kerana tidak sihat.

Sekembalinya dari Australia, beliau melibatkan diri dalam bidang penulisan iklan di samping menjadi pengulas sukan sebelum menubuhkan syarikat sendiri iaitu Angkatan Seniman Abad XX Sd. Bhd. (ASA XX) bersama Wan Rohani Zin, seorang bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Matinya Seorang Patriot, Tsu Feh Sofia, Abang dan Pemburu adalah antara filem yang telah menjulang nama Dato' Rahim Razali.

Filem Iman Alone yang dihasilkan pada tahun 1995 telah gagal menambat hati penonton dan Dato' Rahim Razali tidak lagi mengarah dan menghasilkan filem selepas itu bagaimanapun masih lagi aktif dalam bidang lakonan.

sumber: Suara Perak





Tiada ulasan: