Khamis, 5 Julai 2012

Judge Dredd kembali



Remake dan reboot seolah-olah menjadi trend sekarang ini sehinggakan filem yang masih segar dalam ingatan seperti Spider-Man juga mengalami proses reboot.

Antara filem yang diletakkan di dalam senarai pembikinan semula ialah filem Dredd yang diadaptasi daripada komik British Judge Dredd.

Judge Dredd pernah difilemkan pada tahun 1995 di mana pelakon aksi Sylvester Stallone telah membawakan watak utama. Malangnya filem tersebut telah mendapat kritikan hebat terutama daripada penggemar dan pengekor komik Judge Dredd. Akibatnya filem tersebut disifatkan sebagai gagal.

Kini watak tersebut akan dihidupkan semula dengan filem terbaharu berjudul Dredd. Jika Judge Dredd terbitan 1995 merupakan produksi Hollywood, filem Dredd pula adalah produksi British.

Watak utama iaitu Judge Dredd akan dilakonkan oleh Karl Urban. Ia mengisahkan sebuah bandar bernama Mega City One yang bermasalah dan kuasa perundangan di bandar tersebut terpaksa dipegang oleh pasukan hakim yang dipanggil Judges. Pasukan Judges mempunyai kuasa untuk menangkap, membicara dan menghukum pesalah pada masa yang sama. Antara Judge yang paling digeruni ialah Judge Dredd.

Selain daripada Karl Urban, filem Dredd turut dibintangi oleh Olivia Thirlby, Lena Headey, Jason Cope, Dohmnall Gleeson dan diarahkan oleh Pete Travis.

Tiada ulasan: