Rabu, 6 Jun 2012

Sentuhan terbaharu Quentin Tarantino

Setelah muncul dengan filem Inglorious Basterds pada tahun 2009, Quentin Tarantino kembali dengan filem terbaharunya bergenre Spaghetti Western berjudul Django Unchained.

Filem ini membariskan pelakon seperti Jaime Foxx, Christoph Waltz, Samuel L. Jackson, Leonardo DiCaprio, Kerry Washington, Walton Goggins, Don Johnson, RZA, Gerald McRaney, Anthony LaPaglia, James Russo dan M.C. Gainey.

Ia mengisahkan seorang hamba abdi bernama Django yang membantu seorang pemburu penjenayah bernama Dr. King Schultz memburu kumpulan penjenayah dikenali sebagai Brittle Brothers.

Sebagai ganjarannya, Django akan dibebaskan sebaik sahaja mereka menemui kumpulan penjenayah tersebut.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada bulan Disember 2012.

Tiada ulasan: