Isnin, 11 Jun 2012

Selain Spider-Man, cuba teka siapa lagi yang akan kembali dengan filem baharu?

Ya, semua sedang memperkatakan tentang filem The Amazing Spider-Man yang akan ditayangkan pada bulan Julai nanti.

Namun ramai yang telah melupakan trilogi filem Spider-Man arahan Sam Raimi.

Di dalam filem Spider-Man 3, watak Venom telah diperkenalkan walaupun pada mulanya Sam Raimi enggan memasukkan watak makhluk asing di dalam filem Spider-Man.

Dan kita menyangka watak Venom tidak akan kita lihat lagi selepas itu.

Kepada mereka yang merindui watak Venom, berita baik untuk anda kerana pihak Marvel dan Sony akan menerbitkan filem Venom yang bakal diarahkan oleh Josh Trank (Chronicle).

Perkara ini disahkan oleh Avi Arad, Ketua Pegawai Eksekutif Marvel Studios. Filem Venom akan menumpukan kepada kisah Eddie Brock, seorang wartawan yang telah dipecat. Bagaimanapun, kehidupannya berubah apabila dia menjumpai sejenis simbiotik makhluk asing dan bertukar menjadi sejenis makhluk dikenali sebagai Venom.

Meskipun Venom adalah antagonis di dalam kisah-kisah Spider-Man, namun di dalam filem ini Venom menjadi anti-hero seperti Hulk.

Adakah pihak Marvel akan menemukan Venom dan Spider-Man kembali di dalam satu filem? Tidak mustahil.

Sementara itu Josh Trank juga akan mengarahkan filem reboot The Fantastic Four.

Tiada ulasan: