Khamis, 17 Mei 2012

Kevin Spacey bintangi filem superhero China

Pelakon Kevin Spacey yang pernah melakonkan watak penjahat Lex Luthor di dalam filem Superman Returns kini akan membawakan watak superhero dalam sebuah filem terbitan produksi China.

Beliau akan bergandingan dengan pelakon cina Daniel Wu di dalam filem yang berjudul Inseparable. Filem ini diarahkan oleh Dayyan Eng.

Turut membintangi filem ini ialah Gong Beibi.

Sebelum ini pelakon Hollywood yang pernah membintangi filem cina ialah Donald Sutherland dalam filem Big Shot's Funeral dan David Morse dalam filem Double Vision.

Tiada ulasan: