Isnin, 2 April 2012

Jack & Jill, Adam Sandler, terburuk 2011


Filem Jack & Jill lakonan pelakon komedi Adam Sandler telah pun diumumkan sebagai Filem Terburuk untuk tahun 2011 dan menerima anugerah Golden Raspberry. Begitu juga dengan pelakon utamanya Adam Sandler yang turut menerima anugerah Pelakon Lelaki Terburuk untuk Anugerah Golden Raspberry yang ke-32.

Berikut adalah senarai-senarai penerima anugerah terburuk Golden Raspberry ke-32.

Filem Terburuk: Jack & Jill

Pengarah Terburuk: Dennis Dugan (filem Jack & Jill dan Just Go With It)

Pelakon Lelaki Terburuk: Adam Sandler (filem Jack & Jill dan Just Go With It)

Pelakon Wanita Terburuk: Adam Sandler (memegang watak Jill dalam filem Jack & Jill)

Pelakon Pembantu Lelaki Terburuk: Al Pacino (Jack & Jill)

Pelakon Pembantu Wanita Terburuk: David Spade (memegang watak Monica dalam filem Jack & Jill)

Pasangan Terburuk Dalam Filem: Adam Sandler bersama Katie Holmes atau Al Pacino (Jack & Jill)

Prekuel, Pembikinan Semula, Rip-Off atau Sinambungan Terburuk: Jack & Jill (pembikinan semula atau rip-off untuk filem Glen or Glenda arahan Ed Wood pada tahun 1953)

Lakon Layar Terburuk: Adam Sandler, Ben Zook, Steve Koren dan Robert Smigel untuk filem Jack & Jill.

Barisan Pelakon Terburuk: Jack & Jill

Tiada ulasan: