
Suatu ketika dahulu grafiti dianggap sebagai sesuatu yang menyakitkan mata, mencemarkan pemandangan dan suatu perbuatan yang tidak bermoral.
Ada kebenarannya pendapat tersebut kerana kebanyakan lakaran grafiti dibuat sekadar contengan yang tidak bermanfaat ditambah pula dengan kata-kata mencarut yang tidak sepatutnya ditulis di tempat umum.

Namun zaman semakin berubah dan masyarakat sudah dapat menerima grafiti apabila terdapat idea dan kreativiti yang dipaparkan dalam sesebuah grafiti itu.

Di Ipoh juga nampaknya sudah ada grafiti yang setanding dengan grafiti-grafiti di KL. Ini yang aku rakamkan dalam perjalanan aku ke Masjid Negeri tadi untuk menunaikan solat Jumaat.

1 ulasan:
Teman pun ada juga terpandang lukisan nie masa nak solat jumaat. At least dinding kedai tu ada juga nampak cantiknya. Teman setuju dengan pendapat miker tu biar ada tempat @ ruang untuk demer melakarkan grafiti.
Catat Ulasan