Rabu, 22 Februari 2012

Hantu naik kapal terbang

Pada masa filem kita asyik dengan hantu-hantu tradisionalnya, filem-filem luar telah menonjolkan hantu yang lebih sofistikated, lebih mengikut perkembangan semasa. Hantu telah berjaya meneroka dunia IT dan multimedia sehingga boleh membunuh melalui media sosial seperti Facebook.

Terbaharu, bagaikan bermusim, dua buah filem mengutarakan kisah pesawat yang dihantui oleh sejenis entiti (hantulah tu).

Negara Thai kembali mengeksport filem hantunya yang berjudul Dark Flight 407 dan lazimnya filem-filem seram Thai memang berjaya dalam menakutkan penonton. Ia mengisahkan seorang pramugari bernama Neuw telah terselamat dalam suatu insiden pesawat terhempas 10 tahun lalu. Neuw mengesyaki insiden tersebut disebabkan oleh hantu bagaimanapun setelah menjalani terapi, Neuw kembali bertugas. Neuw mendapati pesawat yang dinaikinya adalah pesawat sama yang terhempas yang hampir meragut nyawanya. Malangnya tiada apa yang dapat dilakukan kerana pesawat telah pun berlepas, bersama-sama maut yang mungkin akan menjemputnya.

Filem kedua pula adalah keluaran Hollywood bagaimanapun diarahkan pengarah filem seram Jepun yang terkenal iaitu Takashi Shimizu (Ju-On). Seperti filem Dark Flight 407 ia juga mengisahkan tentang pesawat yang diganggu oleh entiti misteri.

TRAILER DARK FLIGHT 407


TRAILER 7500

Tiada ulasan: