Jumaat, 2 Disember 2011

Metal dan Hard Rock berentap

Foo Fighters

Setelah beberapa lama kategori Hard Rock dan Metal dipisahkan di Grammy Awards, nampaknya untuk Grammy Awards kali ke-54 yang akan berlangsung pada 12 Februari 2012 kategori ini akan digabungkan menjadi Best Hard Rock/Metal Performance.

Kumpulan yang dicalonkan untuk kategori ini ialah Dream Theater untuk lagu On The Backs of Angel, Foo Fighters (White Limo), Mastodon (Curl of the Burl), Megadeth (Public Enemy No. 1) dan Sum 41 (Blood In My Eyes).

Untuk kategori Best Rock Performance pula calon-calonnya ialah Coldplay (Every Teardrop is a Waterfall), The Decemberist (Down By the Water), Foo Fighters (Walk), Mumford & Sons (The Cave) dan Radiohead (Lotus Flower).

Untuk kategori Best Rock Song lagu-lagu yang dicalonkan ialah The Cave (Mumford & Sons), Down By The Water (The Decemberist), Every Teardrop is a Waterfall (Coldplay), Lotus Flower (Radiohead) dan Walk (Foo Fighters).

Untuk kategori Best Rock Album pula album-album yang dicalonkan ialah Rock 'n' Roll Party (Honoring Les Paul) - Jeff Beck, Wasting Light - Foo Fighters, Come Around Sundown - Kings of Leon, I'm With You - Red Hot Chilli Peppers dan The Whole Love - Wilco.

Untuk kategori Best Alternative Music Album calon-calonnya ialah Bon Iver (Bon Iver), Codes and Keys (Death Cab for Cutie), Torches (Foster the People), Circuital (My Morning Jacket) dan The King of Limbs (Radiohead).

Untuk kategori Record of the Year, dua kumpulan rock dicalonkan iaitu Bon Iver untuk lagu Holocene dan Mumford & Sons untuk lagu The Cave. Foo Fighters turut dicalonkan untuk kategori Album of the Year mempertaruhkan album Wating Light berentap dengan Adele (21), Lady Gaga (Born This Way), Bruno Mars (Doo-Wops & Hooligans) dan Rihanna (Loud).

Untuk kategori Song of the Year kumpulan Bon Iver dan Mumford & Sons sekali lagi dicalonkan masing-masing mempertaruhkan lagu Holocene dan The Cave. Manakala untuk kategori Best New Artist kumpulan Bon Iver dicalonkan bersama-sama artis dubstep Skrillex.

Kumpulan The Black Keys dicalonkan untuk kategori Best Pop Duo/Group Performance untuk lagu Dearest. Turut dicalonkan dalam kategori yang sama ialah kumpulan Maroon 5 untuk lagu Moves Like Jagger.

Artis dubstep Skrillex sekali lagi dicalonkan untuk kategori Best Dance Recording untuk lagu Scary Monsters and Nice Sprites. Skrillex juga mempertaruhkan album Scary Monsters and Nice Sprites untuk kategori Best Dance/Electronica Album.

Untuk kategori Best Blues Album artis-artis yang dicalonkan ialah Greg Allman untuk album Low Country Blues, Marcia Ball (Roadside Attraction), Warren Haynes (Man in Motion), Keb' Mo' (The Reflection) dan Tedeschi Trucks Band (Revelator).

Secara keseluruhannya Foo Fighters merupakan kumpulan rock yang paling banyak dicalonkan dalam Grammy Awards kali ini, bukan sahaja dalam kategori rock. Mungkinkah tahun 2012 akan menjadi tahun Foo Fighters?

Diharapkan juga kategori Best Hard Rock/Metal Performance tidak akan menimbulkan kontroversi seperti mana yang berlaku pada tahun 1989 apabila kategori Grammy Award for Best Hard Rock/Metal Performance Vocal or Instrumental telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada peminat kumpulan Metallica apabila anugerah ini dimenangi oleh kumpulan rock Jethro Tull.

Grammy Awards ke-54 akan dilangsungkan di Staples Center Los Angeles pada 12 Februari 2012.

Tiada ulasan: