Khamis, 24 November 2011

Alamak, apa dia orang dah buat dengan 21 Jump Street??!!


Terkejut! Memanglah aku terkejut menyaksikan trailer filem 21 Jump Street yang bakal menemui penonton tahun hadapan.

Mana tidaknya. Apa yang dipaparkan dalam trailer filem ini amat berlainan dengan siri television 21 Jump Street. Meskipun siri 21 Jump Street dahulu juga bercorak komedi aksi, namun apa yang aku saksikan dalam trailer ini, filem 21 Jump Street digambarkan sebagai sebuah filem komedi slapstick.

Filem 21 Jump Street merupakan adaptasi daripada siri TV popular dengan judul yang sama pada penghujung era 80'an dahulu. Siri TV ini jugalah yang memperkenalkan dan menaikkan nama pelakon Johnny Depp yang memegang watak Tom Hanson dalam siri ini (bagaimanapun aku lebih menyukai watak Doug Penhall lakonan Peter DeLuise).

Kini siri itu diadaptasi kepada filem dengan menyertakan Johnny Depp sebagai cameo (mungkinkah akan menimbulkan kontroversi seperti filem The A Team apabila dua orang pelakon asal iaitu Dirk Benedict dan Dwight Schultz tidak berpuas hati dengan penampilan cameo mereka di dalam filem tersebut). Difahamkan Johnny Depp tidak akan membawakan watak asalnya dalam siri 21 Jump Street.

Filem ini dibintangi oleh Channing Tatum, Jonah Hill, Brie Larson, Ice Cube, Ellie Kemper, Dave Franco dan Rob Riggle. Diarahkan oleh Phil Lord dan Chris Miller dan diterbitkan oleh penerbit asal siri 21 Jump Street, Stephen J. Cannell dan Neal H. Moritz.

TRAILER 21 JUMP STREET

Tiada ulasan: