Selasa, 2 Ogos 2011

Stallone pernah bertumbuk dengan Lundgren


Sewaktu melakonkan babak dalam filem Rocky IV, Sylvester Stallone yang merupakan pelakon utama dan pengarah filem ini mahukan adegan bertinju di dalam filem tersebut dibuat dengan sungguh-sungguh dan realistik.

Maka terjadilah satu pertarungan tinju antara Sylvester Stallone dan Dolph Lundgren yang memegang watak peninju Soviet Union bernama Ivan Drago. Setelah tiga tumbukan dilepaskan oleh Lundgren ke arah dadanya, Stallone merasakan dadanya panas tetapi cuba untuk tidak menghiraukannya dan terus bertinju.

Setelah penggambaran selesai, Stallone mengalami kesukaran bernafas dan dibawa ke bilik kecemasan. Di sana, pasukan perubatan mendapati tekanan darah sistoliknya naik melebihi paras 200 (tekanan darah normal pada paras 120).

Stallone kemudian diterbangkan dari Kanada ke Hospital St. John di Santa Monica, Amerika Syarikat. Stallone diletakkan di dalam ICU selama 8 hari. Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Dolph Lundgren telah menumbuk Stallone dengan terlalu kuat di bahagian dadanya yang membuatkan jantungnya bergesel dengan tulang dadanya. Kesan daripada tumbukan ini menyebabkan jantungnya membengkak dan menghalang aliran darah ke jantungnya yang menyebabkan Stallone mengalami kesukaran bernafas.

Stallone dan Lundgren bertemu kembali di dalam filem aksi The Expendables pada tahun 2010.

Di dalam filem The Expendables satu lagi insiden telah berlaku, bagaimanapun kali ini tidak membabitkan Dolph Lundgren tetapi antara Sylvester Stallone dan penggusti profesional Stone Cold Steve Austin.

Dalam satu babak pertarungan antara Stallone dan Steve Austin, Stallone telah patah tengkuk dan terpaksa dimasukkan besi sebagai penyokong tengkuknya.

Nampaknya, komen pedas daripada Stallone mengatakan pelakon aksi lelaki Hollywood sekarang lembik ada asasnya kerana Stallone sendiri hampir kehilangan nyawa setiap kali melakonkan babak aksi.

sumber: IMDb, bodybuildingweights.net.

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

kecederaan semasa bekerja namanya ni